Nabi kasih pada generasi terawal dan seluruh umatnya .
Jika Allah uji dengan musibah Allah pasti beri kelebihah disebaliknya.kelebihan
AL QURAN melihat sahaja sudah dijanjikan pahala belum lagi di pegang dan dibaca.Hidup harus ditemani AlQuran walau kemana pun.kerna suatu hari nanti ia akan menemani kita menerangi kita menjadi saksi kita memberi syafaat kepada pencintanya di hari pembalasan.
Akhlak nabi akhlak Al Quran beradab dan tartib serta teliti. Seperti contoh nabi melarang meludah ke sebelah kanan.malah bila baginda duduk dihadapan tetamu baginda memalingkan lututnya kesisi sedikit tidak terus kepad tetamu.begitu halus akhlak baginda.jadi kita sebagai umat baginda haruslah menjaga Akhlak memberikan contoh yang terbaik kerna ianya mencerminkan kebaikan agama serta memberi keterjelasan bahawa islam itu adalah agama seluruh alam.
Al Quran di sunat kan dibaca.
berlagu,merendah dan meninggi kan bacaan,menangis, bagi menambahkan penghayatan tentang pelbagai kandungan.Hanya satu kitab yang disarankan dibaca begitu.Al Quran mempunyai mukjizat tersendiri dan dipelihara ke akhir zaman.Bacaan itu seharusnya mengabungkan lidah hati dan akal.
Baru-baru ini kita di viralkan dengan bacaan ayat suci Al Quran dari shekh hani Ar Rifai membaca surah Al fajr Didalam tangisan dan berjaya mengheret makmunya turut tersentuh dengan alunan suara serta tahap pemahaman Ayat suci berkenaan.
Apabila Allah memberikan kekayaan kepada mereka dan mereka beranggapan Allah sayang padanya memuliakannya sedangkan semua itu tanggung jawab dan ujian yang maha hebat.Apabila Allah menjadikan mereka miskin mereka beranggapan Allah membencinya menghinanya.begitulah manusia yg tidak pernah berfikir dan berpersangka buruk dengan Allah.Sebaliknya jika kesusahah diberi kepada kita seharusnya redho dan terus berdoa.dan jika kita diberi rezki yang melimpah ruah disarankan menderma yang selebihnya untuk kesejahteraa bersama umat islam dilarang bermalas-malasan dan jika beroleh rezki yang lebih haruslah bersedekah dan menginfak, bina kekuatan didalam islam.Jangan meminta-minta ,bermalas-malas,berbangga,sombong ,riak,takabur dan mempratikkan sifat tercela....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan