
jambatan mersing
Jumaat, 13 Mei 2011
BILA JASAT DAN ROH BERSATU
andai kau pinta sebuah cinta.
aku berikan kau sepasang mata.
sepasang telinga seketul hati.
satu akal yg menaakul semuanya.
bisakah iyanya berjaya sayang.
bila semuanya bersatu maka hatilah yg menentu.
setiap yg lain menjadi batu .
hanya menjadi penyuruh dan pembatu.
kan kau ketahui aku lah raja.
yg mengehendaki walau bagaimana.
selautan api ku seberang jua.
sedalam lautan sejengkal kurasa.
bergitulah madah hati berbunga.
jika jauhari menghendakanya.
sentuh lah ia dengan bijaksana.
agar tiada sangsi di jiwa.
bila mata memandang cinta.
berkerdip2 mengalun irama jiwa.
lalu terbit mata air bermanik jernih.
terurai mengalir dihamparan pipi.
dari mata kau turun kehati.
dari hati jika kau turut tanpa akal.
kau kan mati.
mati bukan jasmani.
tetapi mati rohani dan sanubari.
air mata kan menjadi saksi.
pertemuan yg pertama dan keduanya.
dari sri langka kejedah namun ketemu di arafah.
menjadi peringatan di jabbal rahmah.
bilah sepasang telinga terdengar ,
bait2 ungkapan kasih syg.
rangkap2 senda gurauwan.
bagaikan berterbangan bak sang kupu2
bebas berterbangan dengan girangnya.
dari sini turun ke jiwa.
meranapkan naluri gegak gempita.
mungkin sekadar ungkapan biasa.
namun penuh makna berbisa.
lengkaplah sudah semuanya.
hanya menunggu takdir yg kuasa.
seperti mana di kehendakinya.
aku dan dia merancang.
tapi Allah yg menentu segalanya.
pabila jasad dah roh bersatu dan bertemu maka lahirlah nafsu
yg dinamakan cinta.........
@@@ RICO NARUMI @@@
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan