jambatan mersing

Isnin, 9 Julai 2012

HADIRNYA CINTA BERSAMA CINTA




Jika berkumandang tamu di hati.
Jangan biarkan ia beredar tanpa secebis kisah.
Biarkan kenangan itu dimahkotakan di hatinya.
Agar menjadi lagenda mustakim.

Biarpun musnah ikatan janji.
Yang pasti rasa itu masih kekal dihati.
Agar menjadi pedoman disuatau hari nanti.
Andai ketemu tamu serasi.
Bukan jiwa diranjau lagi.
Tak akan bererti ilusi meletus dihati.

Andai pahit menjadi penawar.
Biarkan manis pula mengubati.
Andai luka menjadi tertawa.
Biarkan parah menjemput bahagia.
Akan ku kisahkan setiap watak.
Yangberjuta berwajah dihati.
Menyulami sutra hati ku.

Tidak ku sesali kisah yang bertamu
Dan berlalu pergi.
Meskipun pilu sendu memayungi hari.
Akan ku pohon doa kebahagiaan.
Menemani hati mu yang sarat emosi.
Kerna tutur kata menyalahi laku.

Ku pasrah kerna rentak tidak senada.
Melodi tidak seindah bahasa.
Aksara tidak mampu membentuk bahasa.
Huruf tiada lagi bermakna.
Noktah akan memati kata.
Kata-kata sekadar penyeri mulut berbisa.

Kali ini aku memandang sekali lagi cinta.
Dengan perasaan yang sungguh indah.
Ku singkirkan seluruh gundah.
Dan kuhamparkan senyuman agar kelihatan dari angkasa.
Bahawa aku memeluk cinta ilahi.
Rasa yang tidakkan berbelah bagi.
Meskipun samudra memarasi bumi.
Jasat berjerengeng bangkit dari mimpi.
Bulan dan bintang berlaga sesama sendiri.

Itulah sumpah cinta yang pasti dilalui.
Dengar lah wahai pujaan hati.
Kuserahkan jiwa dan jasat ini.
Agar iakan tenag bersama mu…..



@@@@ RICO NARUMI RS @@@@@

jangan nak marah sangat lah wa letak gambar lu hahhahahha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan