Tida harta mampu ku berikan.
Tiada daya aku sekadar manusia.
Hanya titipan sekalong doa ku rayukan.
Tangisan hiba disubuh hari .
Memamah rapuh jasat jasmani.
Malam menjadi siang, siang menjadi malang.
Mata yang merah layu akhirnya kaku.
Kaku kerna islam tidak bersatu.
Malah juga menjadi sekutu.
Bisakah ku lelapkan mata .
Ter lena diatas air mata darah saudaraku.
Terbujur berserakan jasat yang keperitan
Bagaikan patung diperlakukan .
Dunia bagaikan tunduk merestui.
kebiadapan disanjung malah dijunjung.
Hari ini kita terlena dengan wajah tersenyum.
mampukah esok kita gembira.
Merestui angkara murka tampa tiada berformula.
Malahan kita malu menahan nafsu .
Meranap ekonomi 'Captain Peroxide
Islam pada namanya .
Melayu pada rupanya.
Marilah bangsa ku bersatu.
kita meranap musuh yang nyata.
lupa kan segala sengketa.
Insan yang mati itu saudaramu.
Jiwa yang merana itu jiwa mu jua.
Tampilkanlah sedikit makna dalam islammu.
Pohonkan doa keamanan untukya.
Jangan sampai kita diadili kerana rasa sayang tiada lagi didiri.
Sudah cukup kita di diskriminasi ...
Kita dihina bukan kerna agama yang tidak sempurna.
Kita dipijak bukan kerna kita tidak upaya.
Kita melara kerna ukwah tidak sekata.
Mengaku islam tapi yang nyata berdusta.
Satukan hati dibawah satu kalimah.
Berjuang dengan satu impian.
Matinya tidak akan ada sesalan.
Tetapkan ia menjadi impian
Mereka akan ketar ,malah gentar.
Melarikan diri mengelepar.
Kita hidup hanya untuk kematian.
Kita mati biar berimpian dan bekalan.
Jangan mati sebagai bajingan.
Jangan mati sebagai sialan.
Inilah senjata anugrah dari yang kuasa.
Tiada gentar malah rasa cinta membara.
Maafkan aku saudara ku.
Aku hanya mampu mengukir kata.
Bangsa ku hanya menatap hiba.
hanya sekalung doa aku titipkan .
Supaya menjadi pemangkin suhada.
Agar beroleh Ainul Mardiah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan