jambatan mersing

Isnin, 17 Disember 2012

Manusia Berwajah Palsu






Manusia berwajah palsu.
senyuman tidak semanis hatinya.
Kecantikan tidak pernah menjadi puas.
Hati sering terkesima bersama iri hati menggunung.
yang cantik inginkan sempurna .
yang lengkap inginkan melengkapi.
Dimana syukur anugrah ilahi.
Wajah yang cantik kini digeruni.
Senyum yang manis kini hilang fungsi.
senyum bagaikan tertawa.
Marah bagaikan ratapan manja.

Kerna ketidak sempurnaan itu manusia diuji.
Yang cantik dengan keegoanya.
Yang hodoh dengan ampunya fikir.
mengapa kita dangkal merenung.
Berfungsi wajah dibalik gunung.
Wajah yang indah jangan di biar menjadi punah.
Muka yang hodoh jangan terikut bersama bayang.
Hitam itu wajah kulitnya sahaja.
Putih juga warna 2 biasa.
yang hitam belum tentu ke neraka .
Yang putih tidak tahu lagi kemana.

Jika mentari sentiasa menyinari.
Bagaimana kita kan memiliki malam.
Mimpi takkan berkumandang.
Cahaya membutakan mata .
Menidakkan kepenatan...

Aku, kau jadikan seperti aku.
Dia kau ciptakan menjadi dirinya.
Kita bukan dicipta untuk sensara.
Kita bukan dicipta untuk berlara dan berduka.
Adakalnya kita juga mampu tersenyum.
Senyum lah dengan penuh pengharapan.
Meskipun hati sarat di tujah rencana.
Capaikan syukur dan berlapang dada.
Nescaya kita kan beroleh bahagia.
Kerna syakwasangka kan berbuah sensara.

Hiasi wajah, biarkan ia menjadi wadah.
Sinari bersama makna perkerti.
lengkapi bersama iman penyeri.
ku puisikan wajah ini agar wajah-wajah kian mengerti.
Kerna kita kalut dengan perlambangan itu.
sehingga kita alfa raja kepada diri adalah hati.
Andai baik hatinya semuakan teruja.
jika rosak disana makan keseluruhanya kan binasa.

Wajah wajah wajah...
Jika wajah di agung.
Tuhan x kan disanjung.
wajah dizahir sebagai variasi.
Bagi mengenalpasti diri yg diwarisi.
Bukanya wajah yg hakiki.
Kerna tuhan tidak memandang wajah melainkan hati yang suci..........

@@@@ RICO BINTANG  @@@@



Gambar2 diatas adalah sekadar hiasan............

2 ulasan:

  1. kecewa kan kalo ada org yg suka menghina2 sesama manusia..semoga kita dilindungi dari menjadi golongan berkenaaan

    BalasPadam
  2. Ini yang dinamakan manusia yang mengutuk ciptaan yg maha esa semoga kalian beroleh sedikit nilai makna mengaggungkan ciptaan yg maha pengcipta

    BalasPadam