Langit tidak secerah selalu.
Sendu meratapi memayung pilu.
Suara tidak lagi ketemu.
Rindu hilang bagaikan angin yang lalu.
Kemãna arah haluan dituju.
Mungkin kan kenegara nibiru.
Duka bagaikan bertalu berlagu.
Dik telahan meranap jiwa.
Kepada siapa mahu ku rayu.
Seluruh buana menyelongkar samudra raya.
Senyap umpama lagu tanpa irama.
Bagaikan titik yang tiada bernokhtah.
Ya tuhan ku berikan lah petanda.
Agar resah gundah kembali mudah.
Tenangkan lah samudra langit dan belantara.
Berikan kekuatan himpunkan keringat simpati.
Kembalikan lah senyuman kuntuman idaman.
Bersabarlah wahai bunga bagsa ku.
Talunkan lah kalimah suci ilahi.
Agar seluruh makhluk merayu .
Biar di apungkan seluruh keresahan.
Biar dibuka masa dan ruang.
Berarak lah cinta kembali pulang.
Terukir senyuman membaluti kesuraman.
Dengarkan lah suara ini dilangit dan dibumi.
Suara merayu.
Tercubit hati ini dik kepiluan ratapan.
Kembalikanlah putih yang sudah gelap .
Awan hitam biarkan ia berlalu.
Usah kau kembali bersama derita.
Melainkan membawa rahmat dari yang kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan