jambatan mersing

Isnin, 12 Mei 2014

Dibalik Masa.

Tiada yang indah jika kau tiada.
Zahirnya kelihatan entah dimana.
Berlari mengejar bayang yang tak pasti.
Mencari tiap bukti rahsia terlalu sulit.
Memuja parah tiada bertanya.
Apakah erti perlambangan.
Minda bercelaru tanpa arah dan tuju.
Siapa mencipta tiap saat dan masa.
Tersusun tegas terlaksana.

Dedaunan debunggan teratur membesar dan gugur.
Siapa yang bisa mengatur setiap langkah dibawah nama makhluk ciptaan.
Yang baharu tiadalah layak mendabik dada,hanya mampu berfikir dan berzikir.
Sayang jika pintu diketuk tetapi tidak beroleh mimpi.sayang jika cinta yang di idam hatinya tidak kesampayan.
Air ditengah lautan bayang didalam penafian.pejam kan mata kau hidup didalam dunia penuh persoalan tentang sebuah bengabdian.

Mungkinkah kau kan beroleh cinta abadi.
Mampukah kau mengatahui rahsia yang tersembunyi.
Bisakah kah kau tersenyum didalam setiap dugaan.
Engkau kan berjalan tanpa mereka sedari.
Engkau pergi dan mereka akan fahami.
Bahwa diri mu pengabdi.
Kerna mereka tidak mengerti akan jiwa segala bukan dimiliki.
Hiruplah sepuas-puasnya setiap sisa yang tinggal.
Sebelum kau kan kembali.
Diatas sebuah gunung kau kan lihat setiap kota.
Diatas setiap kota kau kan mengerti kerna kau mampu melihat dan berfikir.
Maka lihat lah dengan penuh fikir.
Pandanglah dengan hati yang paling dalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan