jambatan mersing

Khamis, 12 Februari 2015

Jihat ekonomi

umat islam jangan meminta-minta. jangan berkerja untuk sekadar diri sendiri.Berkerjalah kamu seolah-kamu hidup seribu tahun.Siapa yg meminta-minta tanpa hajat keperluan ,masih boleh berkerja hukumnya haram..haram menganggur.orang yg meminta2 seumpama dia mengutip bara api didalam neraka.

Mari kita menanam satu keazaman didalam minda orang-orang melayu muslim mengenai jihat ekonomi.

Bila memperkatakan ekonomi kita seringkali terfikir akan perniagaan ini adalah jalan yang telah nyata sebagai sunah nabi didalam islam.

Bina kekuatan islam menghidupkan sunah perniagaan.Terdapat banyak kelebihan pabila kita sebagai seorang muslim melibatkan diri didalam bidang perniagaan.Tetapi haruslah berlandaskan muamalat cara islam seperti yang di syarakkan dan disarankan didalam islam.Maka tidak kan timbul akan rasa was-was didalam mendapatkan product barangan yang halal.kita sering kali merasa terlalu bodoh didalam negara islam kita masih ditipu dengan rasa was-was akan product yang terjual dan mendapat kelulusan dari pihak yang bertanggung jawab.Dan tiada satu tindakan ataupun pantawan secara berkala akan kandungan product halal.Ini tidak mungkin berlaku jika keterlibatan kita masyarakat muslim didalam perniagaan berteraskan makanan.Cuba bertanya pada diri kita yang mengaku muslim adakah kita sanggup semata-mata mahu meraih keuntung dan mengenepikan kebersihan serta status halal product keluaran kita yang bakal dimakan oleh saudara seagama kita. Dari segi penentuan harga berteraskan islam adalah mudah jual beli haruslah tidak menganiayai mana-mana pihak.Peniaga beroleh untung ,pengguna beroleh kepuasan berdasarkan barang dan harga serta mutu yang terang-terang di pamirkan atas landasan jujur.Disamping mendapat untung peniaga juga sekali gus melaksanakan sunah dan menyelamatkan saudara islam dalam membekalkan makanan yang halal dan tidak subhah.

setiap muslim tidak boleh bermalas -malas atau sekalipun menjadikan ibadah sebagai alasan.memungkirkan kita tidak berkerja.
Sampai bila kita sebagai seorang muslim cuma menadah tangan meminta-minta.Sehingga kan ada orang asing berani mengambil kesempatan diatas kemurahan hati masyarakat kita.
tidak halal bagi sedekah bagi orang yang berada didalam keadaan mampu tanpa ada kebutuhan yang teramat perlu.jika kita masih mampu janganlah mengambil hak orang lain yang mungkin lebih membutuhka dari kita.itu dikatogorikan kejam dan mengambil hak orang lain dinamakan mencuri.Andaikan mungkin hak itu adalah hak seorang anak yatim yang susah dan sangat memerlukan bantuan adakah kita sanggup? tepuk dada tanya iman mu bagaimana kamu menguruskan nafsu sehingga berlaku sedemikian.

Kemiskinan itu menghampiri kekufuran.
Adakalanya manusia sanggup mengadai maruah mengejar kekayaan.Sanggup menjual agamanya sendiri mempergunakan segala macam helah.mengadu domba memfitnah dan sebagainya.Mengapa ini harus terjadi didalam kelangsungan hidup seorang yang mengaku muslim.ini kerna kita sering membelakangkan agama disetiap apa yang kita lakukan.Matlamat itu tidak menghalalkan cara.Seringkali kita mendengar perkataan tawakal yang disalah erti akan maksudnya atau mungkin sengaja disalahkan kepada agama sedangkan kefahaman tawakal itu jelas jika di ertikan diatas makna yang seperti dikehendaki didalam konsep islam yang sebenar.
perbezaan tawakal dan tawakul,tawakal berserah dan berusaha .tawalkul berserah segalanya dan menanti akibat.
untuk mendapatkan surga kita memerlukan harta.
untuk memberi mesti ada sesuatu.harta bukan utk di timbun tapi untuk dimunafaatkan kepada org lain

Kita punya kekuatan tetapi kita tidak punya ukwah.kita bina pelbagai persatuan, dewan perniagaan bersatu ,koperasi ,dan pelbagai lagi wadah penyatuan tetapi kita lupa akan kesatuan yang benar-benar utuh dalan penyatuan iaitu islam.Bersederhana didalam kehidupan, bukan bermakna berkerja sekadar memiliki hari esok.Dan masih ada yang berpendapat kerja sekadar untuk senang sendiri.Bagaimana perkerjaan itu bisa menjadi ibadah bagaimana berniaga itu bisa jadi ibadah.Mampukah kita menginfakkan harta kekayaan mahupun sekecil gaji jika kita masih berpeluk tubuh.Jika kekuatan ekonomi kita sudah mampu melebihi keperluan diri dan keluarga.kita sudah punya kekuatan untuk berbakti kepada saudara islam yang lain.

Didalam mentaliti umat islam yang mendapat bantuan dari sudut apa pun kewangan harta benda mahupun nasihat sama ada dari orang persendirian badan -badan ngo mahupun dari jabatan agama islam perlulah memiliki keazaman yang tinggi bahawa tidak perlu selama-lamanya bergantung harap tampa berusaha merubah nasib diri bersesuaian denga. Hadis Allah tidak kan merubah nasib sesuatu kaum tanpa ia merubahnya sendiri.jelaskan minda kita bahawa meteliti yang sebegitu melemahkan islam serta sekali gus merendah2 kan martabat agama islam.Berikan hak orang lain yang lebih layak menerimanya tanpa ada rasa kerugian.
Dan sebagai badan-badan yang terlibat didalam pengagihan bantuan haruslah memikirkan satu mecanikal pendekatan yang mampu membuatkan sipenerima mampu berdikari dalam meniti kelangsungan hidup pada masa-masa akan datang.seeloknya diberikan pancing bukanya diberika ikan.Antara pendekatan lain haruslah diperjelaskan tentang kekeliruan yang melanda sentimen minda pengantungan ini supaya motivasi diri kian bertambah dan berkembang daya pemikiran.

MASYARAKAT ISLAM MUDAH DISOGOK DENGAN KEMEWAHAN.

Akuilah dengan berlapang dada benar atau tidak keyataan itu.
Mengapa ini harus terjadi ,mudah ini kerna kita hidup didalam kekangan ekonomi yang memaksa kita terjerumus didalam kancah kehinaan.kita tidak punya prinsip hidup mahupun agama kerna kita miskin susah.Didalam sistem ekonomi yang diguna pakai oleh negara kita.kita perlu matang dalam menetapkan politik itu di tempat yang betul.sistem ini telah dicipta mengalakkan persaingan terpulang kepada kita mahu bersaing secara sihat mahupun secara bobrok dan membabi buta.kerna kesusahan juga kita mampu digula2kan dengan. Sedikit hadiah oleh sebilangan politician yang tidak mampu bersaing dengan,keterampilan Prestasi ekonomi mahupun kebajikan rakyat yang sering kali dinafikan hak dan kesaksamaan ekonomi serta pengagihan pendapatan yang tidak sekata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan