20/6/2015
Ramadhan bulan yang menjadi hadiah pada umat islam dimana bulan yang dijanjikan pelbagai kelebihan.Kita manusia yang dikurniakan rahmat Allah mestilah melaksanakan suruhanya munafaatkan setiap saat sepanjang bulan ramadhan .Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak beroleh apa-apa melainkan lapar dan dahaga.
Jangan lah menjadi golongan ini golongan yang paling rugi.Dewasa ini bulan seribu bulan ini dilihat memberikan keuntungan bagi manusia yang mengejar keduniaan yang melampau, bayangkan pembukaan ramadhan yang sepatutnya di nanti-nanti dengan persediaan amal ibadah.Dimulakan dengan pergaduhah merebut tapak perniagaan,Ada juga yang menggangap bulan ini tidak lebih daripada pesta berbelanja pakaian ,makanan keperluan rumah serba baru.intipati ini tidak harus di terapkan dikalangan muslimin dan muslimah.Bulan yang sepatutnya boleh membantu kita berjimat cermat dan menjaga kesihatan kita jadikan sebaliknya.
Ramadhah bulan Rahmat dan makfirah.
jadikan ramadhan membersihkan segala keracunan..11 bulan diracuni..manakala 1 bulan adalah penawar kepada dosa.
Bulan yg paling baik mendidik hawa nafsu.Nafsu terdidik dengan kepanasan dan kelaparan.Bagaimana kami menolong 313 orang dalam perang badar didalam bulan pertama difardukan berpuasa.Tapi peperangan yg lebih besar dan hebat adalah melawan hawa nafsu.kita perlulah mengekang
Kehendak nafsu dibulan ramadhah tundukkan nafsu itu kerna ia adalah jihat yang terbaik.
Celaka lah umat mu wahai rasulullalah bila tiba bulan ramadhan dia tidak punya apa-apa .Dalam erti kata yang lain tidak menggunakan kesempatan keberkatan bulan Ramadhan .Didalam bulan Ramadhah kita digalakkan memperbanyakkan bacaan Alquran dan bukan setakat membaca kita juga disarankan menghafal surah2.Cuba kalian bayangkan setiap kali menjadi imam dikalangan keluarga terutama golongan lelaki yang bergelar ayah mahupun suami perlulah membaca surah2 yang berlainan supaya wujut peningkatan didalam hafazan ayat-ayat suci Al quran tidaklah amalan itu sekadar melepaskan batuk di tangga perlu ada peningkatan didalam beribadah.
Antara tip2 boleh membantu dalam hafazan tiga waktu bening bada Subuh, bada Maghrib dan jelang tidur. waktu yang mudah diberi kuat ingatan boleh membantu meningkat tahap hafazan.
Bulan Ramadhah perlu beramal soleh serta digalakkan bersedekah jariah,memaafkan orang lain tidak menjadikan kita hina malah menjadikan kita berani.Santuni orang ,sahabat handai dengan mesra jika berlaku perselisihan paham kerana tingkah laku lalu. carilah kebaikan orang lain dan memaafkannya itulah penawar kepada dendam.
Didalam melaksanakan ibadan perlulah kita mencari kemanisan ibadah, kerna orang yang berdoa itu adalah orang yang yakin bukan orang yang lemah.
Disini akan datang manisnya keimanan.....kalimah la ilaha illallah tidak perlu mengerakkan bibir sebegitu mudah kalimah itu diciptakan sehinggakan didalam setuasi mana pun kita bisa mengungkapkan didalam kondisi yang paling lemah pun kita bisa hanya mengerakan lidah itu pun kadang kala kita malas untuk mengamalkan .Demikianlah serba sedikit isi ceramah yang saya rasa berguna saya kongsikan. serba sedikit mampu saya kongsikan supaya menjadi tambahah kepada amalan dan sebagainya.Semoga kita sama-sama memunafaatkan setiap minit mahupun saat di bulan ramadhah ini.
Fajar ramadhah menjelma kembali,
Terpercik embun menghapus noda,
semoga amal kita diterima disisi Alllah SWT..Amiiin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan