berlari aku kedada langit.
untuk mengapai seribu impian.
Seluruh kudrat aku persembahkan.
Kusangkakan impian dan kebenaran.
Tapi sekadar ilusi hayalan.
Jauh tidak berantara .
Dekat tidak semerta.
Cantik hanya dimata.
Bukan hak yang dimilikinya.
Cuma pinjaman selagi usia.
Seluruh alam kan fana jua.
Bukan cuma kau dan dia.
Aku bercinta kerna dia.
Bukan sekadar mengejar cita.
Dunia medan untuk mengguji
Sebagaimana yang dikau janji.
Hanya dikau yg maha suci.
Tiada layaknya dikau diganti.
Engkau meminjam sinar.
Aku yang menyinar.
Lurus aku hambatkan.
Menatap terus kepermukaan.
Bicara tampa ilmu menidakkan aku.
Bukan kah aku dizahirkan tampa ragu.
serta cela dari yg maha berkuasa.
Berkaca2 sinar dilautan.
Bererti bermula sinaran kehidupan.
Disitu cita berputik.
Disitu senyum terpancar.
Hidup yang kontang kian bermaya.
Tanah yg tandus memuntah rezki.
Hanya bermakna pada yg berbakti
Cinta bagaimana lagi ingin dibukti.
Bukankah cukup jika dikaji.
Nikmat yg dilimpah disana sini.
Cuma kalian tidak mengerti.
Atau hanya tidak peduli.....
Jadilah insan yg bersyukur .
dan bukanya kufur nikmat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan