jambatan mersing

Selasa, 5 Februari 2013

Penguasa Sang Serigala


Sesunggunya aku cinta pada mu.

wahai ibu pertiwi,wajah mu murni suci nan berseri.

Namun dicemari daki-daki corupsi sang gergasi berwajah mulus.

Ditengelami bah kehancuran menuju nazak dikebumikan

sang Kuasawan menginjak-nginjak kedaulatan.

Anak sendiri terpijak berlumuran derita.

Cahaya mata tertawa mewah bergaya.

Bagaimana lagi harus aku berdiam bisu 

Melihat wajah-wajah sang perkosa dijaja mulia.

Kesatria diwajahkan pendusta dinista hina.

Mana perginya akal, terpersona melihat pembohongan.

sang munafik mengula-gula hidup berpoya lahap membaham pusaka ayahya.


Hari demi hari kita tengelam bersama wadah media jelik mencerca.

yang benar dikata dusta yang dusta melepas gayanya.

Mana perginya ketulusan kebebasan cuma khabar songsang bernadar  rakus.

Apa lagi yang tinggal ,Apa lagi yang harus kita terima.

Ayuh bangsa ku gapaikan tangan bersihkan segala najis berbisa.

Mari kita berganding bahu meneruskan kelangsungan ini.

Kita kutip baki yang tinggal kita bina semula neraca kemajuan.

Kita bentangkan segala pendustaan.dan kita heret kesesatan dimuka keadilan.

campakan perbedaan buangkan syak yang menjadi api perpaduan.

Teguhkan  kepercayaan jadikan benteng kesaksamaan.


Disini kita berdarah dan disini kita berbakti.

Mari kita kibarkan suara kita.Mari kita khabarkan kepada dunia.

Bahawa sanya kita bangsa yang merdeka.

Kelemahan itu kita jadikan kekuatan.

kealfaan sama-sama kita peringatkan.


sangserigala menyalak kali ini dengan lebih ngeri.

mengalun meriakkan kesombongan berbaur kehancuran.

Digelanggang yang sempit dan senget mencengkam perlumbaan.

Kita dinafikan dengan cara yang paling hina .

kita di olok kan dengan kemajuan yang direka-reka.

bebanan demi bebanan menimpa-nimpa.

Tidur malam menuntut lena terbuang memikirkan dunia.

Pendidikan utama diniaga tanpa diumpama sangpenguasa.

Maka lahirlah cerdikiawan yang dicucuk matanya.

kamulah sibuta yang dihambakan di berimakan dan dikencing pula.


Biarkan kepulan awan kehitaman itu berarak melewati ,

Perbatasan semenajung cinta ku,

jangan diizinkan kembalinya, biarkan ia menjadi sebutir batu yang tenggelam,

didalam jurang lautan yang paling dalam dan pekat warnanya.

Usah kita berpaling lagi mengenang sangserigala  yang menghirup setiap titisan darah warganya.

bersamanya kan hadir neraca yang beratnya berbeza.

bangsa yang memakan bangkai saudaranya layak dihina bukan ditabal menjadi raja.


tiada syak dihati yang benar pasti kan dijanji,dan yang mungkir pasti kan mati sebagai pertualang keji lagi mursyi.






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan