Sampai kapan kita mahu hanya melihat
pokok yang cantik.
sampai kapan kita mahu berpindan dari satu pokok kepokok yang lain.
Bila kita berteduh dibawah sepohon pokok.kita kan terlihat dari bawahya akan segalanya diantara pokok.
bagai mana daunya dari bawah dahanya serta jika ada buahnya.Adakalannya kecantikan itu terlihat dari jauh dan bagaimana cara kita melihatnya.
Dari sudut apa kita mahu memandang.
kelebihanya ,kekuatanya,kebaikannya terpulang pada apa yg kita mahu.Bila sudut pandang kamu itu mencari kelemahan maka kelemahan lah akan kelihatan jika kebaikkan makan kebaikan lah yg ter lihat.Kita mahu menikmati dengan cara yang paling mudah itu lah manusia.tapi kita tidak menyedari akan sesuatu yang mudah pasti tidak ampun.Apakata kita cuba berubah dengan daya yg lebih sepadan dengan apa yg disarankan supaya kalian lebih menghargai akan sesuatu.Kali ini cuba kalian tanam ,baja dan siram benih pohon yang kalian suka. dan berimpianlah berusahalah agar penjagaan kalian beroleh restu Allah.jika kalian berjaya alangkah indahnya suasana itu puas bukan?.pada masa itu bila ada orang yg bertanya milik siapakah pohon itu kamu hanya tersenyum apa yang ada pada pohon itu pastinya cantik keseluruhanya bagi kamu.Bergitulah perhubungan orang2 tua terdahulu adakalanya penjodohan mereka diatur oleh keluarga.tetapi mereka telah menanam sepohon pokok didalam apa jua cabaran mendatang ditempuh.tiada pencelaruan dalam situasi seorang isteri mahupun suami.Jika kita lihat sesusah manapun sisuami tetapi si isteri tetap bersama2 memberi sokongan disamping menjadi penyejuk dimata peneman dihati.Hari ini kita ego dengan benda yang bukan2 dan tidak sepatutnya kita memperbandingkan pangkat ,siapa yang gajinya besar,siapa yang lebih penat mengurus rumah tangga,siapa yang menanggung keluarga.Di era ini terlalu banyak salahya orang lain kesepakatan tidak kan menyatu jika kita masih meletakkan siapa yang perlu.Bukan kah itu yang kalian selalu fikirkan dan lakukan.jika kemampuan itu ada pada kamu mengapa tidak kamu.Adakah kamu harus menangis jika pasangan kamu tidak menghadiahkan sesuatu dihari lahir mu...jika itu yg terjadi maka harus ditutup Al quran dan letakkan lah senaskah novel ataupun koleksi drama koria.supaya dijadikan panduan dalam melayari perjalanan hidup dialam perhubungan.Kita di olok2kan dengan cerita rekaan kesempurnaan cinta sehingga kita sentiasa mencari cela di celah perhubungan.Hidup itu Biasa2 sahaja jika kamu manusia, demikian juga dia dan mereka.Jangan menjadi seperti kanak2 berimaginasi mahu berkahwin dengan superhero kemudia dibawa bersama kebulan untuk berbulan madu...Tiada manusia sesempurna seperti yang kamu bayangkan melainkan junjungan besar Tetapi meskipun begitu kita masih mampu berbahagia walau ada kekurangan.kerna kita saling melengkapi serta kita mahukan redho ilahi itu hakikat yang hakiki yang perlu didalam perhubungan....semoga kalian beroleh kebahagiaan didunia dan di akhirat Aminnn....
@@@ RICONARUMI@@@
Ahad, 7 Disember 2014
Cinta dah keluh kesahnya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan