Aku berdiri tampak lemah.Aku meruat Bukan untuk hilang imbang dan sumbang.
Ku tekan kulapis jangan sampai ku tipis.
Tiada lagi aku menepis.
Jangan terfikir gayang ku goyang.
Setiap kali ku mudik pasti ada yang kusisip.
Perisai tidak kena didada bukan disisi peneman suri.
Cuma ditengah antara kecekalan hati tempat tuhan memandang dimana nekat dan iktikat terpatri.
Aku bukan mangkuk yang menadah air.
Aku lautan yang tak bisa kau duga malah apa lagi percaya.
Tipu dan curi itu bijaksana.
Semua jalan untuk mengena.
Tiada yang kulayang kerana menampakkan kurang
Mudah tertangkis nampak terang lagi menyata.
Andai tertangkap tetapi belum tentu mati pukulnya
Langkah kususun dalam hening.
Tiap yang menyerang harus percaya dalam hakikat ketentuan.
Tiap yang di catur ada yang diatur.
Itulah pantas tiada terperi.
Bukan puja seru puji bukan tuhan.
Menambahkan kesesatan malah murtad
Tampa disedar.
Ingin berlenggang tiada tari.
pusing pusing tercari2.
memandang beribu pada yang satu.
memandang satu pada beribu.
mencari tidak,menyuruh pun tidak.
Berbicara jangan sampai berdiri.
tekan bukan di nanti2
buang disusul tiada henti..
Dilapis ,ditepis kian menipis.
Yang mula selalu alfa.
mula dengan bijaksana kerna musuh juga lupa.
Pantas adakalanya tewas.
Bijak mengena tidak pulak mau kena.
cantik tidak bererti ampuh.
Bodoh tapi tidak jahil.
Akal menyangkal panjang iktiarnya.
Mengumpan ditelan pantas dimakan.
Sepantas cahaya tampak dimata.
Pantasnya akal tiada tara.
tiada berbicara tersusun kehendak.
yang mana ditekan yg mana ditolak.
lalu diberi tiada berjawab.
Arakian berbicara tiada pula melata.
tersusun kemas bukan bercanda.
jikalau melatah jadi senda.
tapi sayang tidak berbunga.
Bagaikan mati didalam diri.
menunggu keizinan dari ilahi.
disimpan didalam taman di awasi iman.
Ibarat pisau yang tajam .
Bukan mainan diberi anak.
lalu di susuk melata akhir rosak segala.
Diberi dengn iman percaya.
Kemas tersemat didalam dada.
Disimpan didalam bijana kaca.
Jika terluah di izin binasa.
Jika memiliki mutiara hitam.
Ragam sorak jangan di idam.
takhta harta beri persona.
kau yang ada jangan diberi malah lupa.
mudah terkesima jalan kau binasa.
lapan tidak cukup tanpa sembilan.
Khusuk kan hadir kerna dua perkara.
Akal dan hati.
Akal tidakkan kuat tanpa hati.
Amal harus di hati itu iklas sejati.
Buah yang jatuh sudah berkait.
Sudah rebah lagi diturut.
Buah sebijik menjadi benih.
dijaga rapi menjadi taman.
Bila hidangan tersaji.
harus tiada syak di diri.
Berserah bulat padanya ilahi.
Kita yang baharu tiada upaya.
Diberi pinjam maha segala-gala.
Tidak kan bergerak tampa izin darinya
Jika ada yang muda pasti ada yang tua.
Malu jika kita yang muda terkinja-kinja.
Gah berbicara.melebel diri garang tanpa pernah teruji.mengaku jalak malah bangga dengan sorak.mengaku bijaksana malah penuh dengan borak dan berak.Baru mengenal ambisi tidak tercapai mimpi.
Dikaitnya rambutan yang jatunya durian
Disangkakan manis boleh dimakan tapi malu dengan perbuatan.
Jangan kau uji rindu pilu.
Aku muslim yang sedang rindukan Ainul mardiah.
tak akan ku goyah.
Berebah dengan mudah.
Selagi indra masih bernyawa.
kan ku gagah sampai ke penghujungnya.
Khianat mainan umat.
menjadi barah bencana lumat.
selimutkan dan sepikan .
Hari ini ukwah harus di satu.
Baru kita yang bersaudara menjadi jitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan